Okay, I was like staring blindly at the monitor for about 5 minutes to think of the translation of self-reward. But in the end, I still didn't get it. What is self-reward in Malay?
Okay now, back to Java Malay.
Sudah kubilang yang hujung mingguku ini seperti bukan hujung minggu - itupun nasib baik saya tidak perlu pergi ke negeri lain untuk bekerja (kalau negara lain, memang saya tak komplen :P). Mr BBTBB telah menghubungi saya dan menyatakan rasa ketidakpuasan hatinya lagi. Duhh... terasa seperti mahu datang bekerja memakai surgical mask kerana mahu menjadi anonymous dan duduk di tingkat lain. Tapi anak buah nan seorang itu memang nak kena dengan saya.
Tidak cukup dengan itu, saya ini seperti tiada kerja lain di rumah melainkan mencuci bahan kumuhan anak perempuan saya yang ditinggalkan (kalau tidak di dalam seluar,) merata-rata. Grrrrrrrr.... rosak tanganku. Apa saja perangai ko ni, nak...?
Jadi, sekarang ini saya mahukan sesuatu. Sesuatu yang berwarna merah barangkali. Sesuatu seperti ini. Ya, saya mahukan sebuah wallet baru. Padahal, nak kena bayar duit langsir, duit itu, duit ini. Pencuci muka pun dah nak habis ni ha... Mampus kusam mukaku di pagi raya nanti. :P
Nota tambahan (yang tidak berkaitan):
Vocab terbaru Sophia hari ini ialah "Propeller" (berpintal jugaklah lidah dia nak menyebut) :P.