Rasa macam dah pernah gunaaa je tajuk ni. Ah, belasah.
Malam tadi, sebelum tidur, seperti biasa saya dan suami akan mengadakan sesi luahan perasaan dengan anak perempuan kami. Dimulakan dengan sesi antara bapak dan anak perempuan. Saya dengar aja.
Sebenarnya saya kurang faham apa yang anak perempuan saya luahkan kepada bapanya. Antara yang saya tangkap:
"Sophia nak ambik barang saja. Kenapa Abah marah? Bukan Sophia nak main-main"
Erkk... entah lah. Anak saya ni kalau bercerita memang ayat berterabur. Kami iyakan aja. Atau, mungkin ada sesuatu yang telah berlaku antara suami saya dengan Sophia yang di luar pengetahuan saya.
Lepas tu, sesi saya dengan Sophia pula:
"Mama, Sophia bukan nak sepah-sepah. Sophia nak main saja. Tapi lepas tu Mama tolonglah Sophia kemas"
And I was like Huh???!!!! Ko yang main, aku yang kemaskan???
But I replied, "Kalau Mama main sama-sama, Mama tolonglah Sophia kemas. Kalau Sophia nak main, mainlah sikit-sikit dulu. Kalau dah habis, kemas dulu, baru main yang lain".
Sophia (konon macam faham) menjawab, "Okaylah..."
Tapi dialog-dialog di atas bukan point sebenar saya. Saya rasa gembira kerana anak perempuan pandai meluahkan perasaannya. Bagus untuk dirinya juga - tidaklah memendam perasaan je.