Wednesday, September 16, 2009

Marah Ni, Marah

Selama ini saya menghantar baju-baju saya untuk digosok di kedai dobi.

Selama tempoh saya menghantar ini juga sebanyak 3 helai baju yang TERKOYAK!!!! REPUT!!!

Pertama kali koyak, saya maafkanlah kerana saya fikir baju tersebut pun sudah 2-3 tahun usianya.

Kedua kali terkena, saya maafkan juga kerana baju yang terkoyak itu sudah 5-6 tahun usianya. What do you expect?

Kali ketiga...... saya marah. Sebab baju tersebut baru berusia setahun jagung - TAKKAN DAH REPUT???? Saya bukannya pernah cuci guna bleach.

Saya suspek, air semburan yang kedai tersebut gunakan mengandungi bahan kimia yang mengakis. Damn you, kedai! Tak pasal-pasal saya kena cari baju (kerja) baru bagi menggantikan baju yang terkoyak itu. Dan tak pasal-pasal juga, saya kena gosok baju sendiri. (Selain melipat baju, menggosok baju juga merupakan perkara yang saya benci).

Saya sumpah kedai dobi itu!