Thursday, September 10, 2009

Pertanyaan Daripada Seorang Anak

"Mama, kenapa Mama selalu marah Sophia?"

Walaupun pada ketika itu saya membalas, "Mama nak tanya Sophia pulak. Sophia, kenapa Sophia selalu tak dengar cakap Mama?", hati saya tersentuh jua mendengar soalan naive anak saya itu.

Ketika itu juga saya tersedar, terhantuk dari perbuatan separa sedar saya sebelum ini. Kesiannya anak aku!!!!

Tapi, ye lah, kalau kita memimpin anak untuk menaiki kereta di seberang jalan, dan tiba-tiba anak kita meloloskan diri untuk berdiri di tengah-tengah jalan, kita MARAH tak?

Tapi itu baru satu perkara. Takkan sampai Sophia kata 'selalu marah dia'?

Biarlah yang lain-lain itu menjadi rahsia kerana sesungguhnya saya ini memang banyak celanya. Nanti masa raya, Mama minta maaf dengan Sophia, ya? :P