Masih lagi dalam mood tidak bercerita. Mari layan gambar lagi.
Ini anak perempuan dengan baju 'raya'nya. Tak mau pakai baju kurung pulak on the second day...
Anak saya ni sepanjang berada di kampung naik sheikh betul bila main. Tak ingat makan, tak ingat susu. Mandi ingat, sebab nak mandi beramai-ramai dengan makcik-makcik keciknya.
Pada sebelah malamnya, kami sekeluarga sudah beronggeng sampai tertonggeng. Memang acara ini merupakan klimaks sambutan Syawa| di rumah nenek saya.
Acara apa? Rumah terbuka (untuk sanak saudara sahaja). Acara selalunya dimulakan dengan majlis tahlil dan disudahi dengan karaoke makan-makan. Selalunya ada BBQ; tapi tahun ini, dek kerana ketiadaan dayang-dayang dari Indonesia, maka kami ringkaskan sedikit. (Eh, kata mood tak nak bercerita tadi????)
Gambar makan-makan tiada, tapi gambar sesi karaoke (setelah perut masing-masing tegang) ada lah.
Dalam gambar terdapat Bob Tutupo|i, Broery Marantika, Inul, Ahmad Jais, S Jibeng, Sa|oma dan ramai lagi (semuanya bukan nama sebenar). Ya,... sudah menjadi seperti pesta dangdut malam itu. Sudahlah dress code (yang hanya diikuti oleh beberapa orang) pun 'Batik Indonesia'. :P
Jambul tebal dalam gambar di bawah adalah bagi mengekalkan anonymity. Tapi, walaupun anonymous, ITU BUKAN saya. Harus diberitahu di sini (walaupun dalam gambar adalah seorang lelaki :P) kerana saya tak larat nak menjawab soalan-soalan yang *tarik nafas, hembus nafas* tak-tahu-macamana-nak-gambarkan.
Ko nak nyanyi apa, nak? Setahu Mama, takde lagu Twinkle, Twinkle Little Star dalam senarai lagu diorang...
Sesi karaoke berakhir pada pukul berapa pun tidak saya ketahui kerana saya sudah lelap hanya setelah beberapa lagu disumbangkan.