Kalau nak ikut perkiraan, entry ini merupakan entry keempat untuk hari ini.
Semalam bukan main sibuk tah apa-apa - tulis entry macam ayam berak kapur (apa kaitan???) ke ayam sembelit (??). Sebenarnya saya baru sahaja selesai membuat perkiraan bonus KPI, jadi ada sedikit rasa lapang di dada.
Hari ini, sejak lepas sahur sudah ada entry. Yang sebenarnya, saya tidak menulis entry-entry hari ini (setakat entry ini) pada hari ini. Cuba kira berapa banyak perkataan "ini" dalam ayat sebelum ini (macam siot) :P.
Entry-entry ini sebenarnya saya tulis semalam. Malam semalam untuk lebih tepat. Sebab, anak perempuan mengendeng di sisi dan saya tak boleh main Sorority Life. *Keji*
Jadi, tidak. Saya tidak berpeleseran di Blogosphere pada hari ini - belum lagi. Mungkin malam nanti.