Macam tajuk Mrs Slurp; "Sabtu Yang Hening".
Kebiasaannya pada hari Ahad, sekiranya kami tidak ke mana-mana, saya akan menghabiskan masa berkualiti saya dengan blog. Heh, jangan salah faham, biasanya saya akan cuba menyiapkan scheduled entries untuk satu minggu (5 hari bekerja) berikutnya.
Kalau saya tidak ada bahan (gambar-gambar, aktiviti-aktiviti luar biasa, cerita-cerita artis - oh, saya ada terserempak dengan seorang artis semalam, sila lihat FB saya) dan tidak boleh mahu menyediakan scheduled entries untuk 5 hari, saya akan membuat laundry. Tapi, sudah tiada pakaian yang mahu dicuci lagi.
Oh, secara tidak sengaja saya telah mengingatkan diri saya sendiri akan timbunan kain, kain, kain, kain, kain yang masih belum dilipat. Maka harus saya lakukan ia selepas ini.
Bercakap pasal kain (yang tiada kena-mengena sebenarnya), silalah berkunjung ke EJ sekarang. Ada banyak item baru di situ. My favorite spot is always the Beading Chiffon Silk!
Ciao!