Friday, October 23, 2009

Deting Di Ikea

Ya, kata kunci sejak semalam ialah "Deting". Terjebak juga saya ke Ikea tengahari tadi.

Bontot memang sempat panas sebab tak perlu balik ke pejabat. Tapi jangan risau Jua, mak tak melepaskan kentut (walaupun di tangga) :P

Siapa lagi yang saya jumpa di Ikea selain Jua dan YayayesMAA? Tunggu sat no,.. cheq nak buat research ala kadar sekejap. :P

Bersambung...


Okay, entry disambung semula:
Saya hanya kenal Jua. Jua kenal Yaya dan juga Lana. Jadi, kami pun bertemulah tadi. Diorang sibuk makan-borak-makan-ambil gambar, saya sibuk beratur beli makanan. Diorang sibuk berborak, saya sibuk makan, anak saya sibuk berlari-lari.

Lana balik (eh, ke pergi kerja??), kami bertiga (termasuk Sophia, 4), masuk market hall. Yayayes yang sebenarnya nak cari benda, saya yang borong banyak. No lah, memang sebenarnya saya nak cari vase dengan bunganya sekali (tapi terbeli jugak barang-barang Sophia).

Jua makan aiskrim, anak saya hanya dibenarkan tengok sahaja. Kejam??? Maaf, anak saya memang dalam pantang. Kesiannn...

Yaya nak berangkat, saya terpaksa berangkat juga - (rambut) anak perempuan sudah serabut kerana mengantuk. Dalam kereta, dia tidur lena.

Oh di Ikea tadi, terserempak juga dengan Erna dan kumpulan kawan saya yang lain (gua terasa seperti Open house, entah kenapa).

Okaylah, itu sahaja cerita dari saya.