Friday, October 30, 2009

Jumaat Yang Best

Saya amat menantikan hari Jumaat setiap minggu kerana saya mahu memakai pakaian kasual (read: jeans).

Tapi pagi tadi, dalam keadaan terkocoh-kacah, saya TIDAK MENJUMPAI jeans ketat kegemaran saya. Lalu, saya mengambil haluan yang bertentangan iaitu memakai busana muslimah (yang kebiasaannya akan saya pakai kalau balik kampung).

Bila fikir-fikir balik, bagus jugak saya tidak jumpa jeans saya itu. Kalau jumpa, mesti saya nak pakai dengan kasut 4-5 inci. Dan kalau pakai kasut ini (sambil membawa bag berisi laptop berat), terkeluar pula tulang koksik saya nanti. Alhamdulillah, sesungguhnya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. (Dan sesungguhnya saya sangat merepek...).

Dan pagi tadi juga, saya berusaha untuk membawa kamera point-and-shoot saya. Manalah tahu boleh rekod 'bahan' untuk bekalan blogging pada minggu hadapan (hari Jumaat kan waktu rehatnya panjang...).

Yang menariknya, saya bawa kamera saya itu tapi, BATERI PULA TIADA! Buat sakit bahu je bawa barang yang tidak boleh berfungsi.

Oh, saya sedang membaca sebuah buku kisah zaman dulu-dulu. Nanti dah habis saya beritahulah buku apa (sebab dah banyak kali bagitau orang yang saya baca buku ini, buku itu, sudahnya terbengkalai).

Best kah Jumaat begini?




p/s: Semoga saya tidak terlupa (lagi) untuk menonton Nur Kasih malam ini. Minggu lepas, minit-minit terakhir (Buletin Utama) baru teringat nak tengok.