Thursday, October 22, 2009

Okaylah, Kita Main Tunjuk-tunjuk Barang Pulak :P

Kuang hasam... sebenarnya saya dah taip banyak dah sebelum ayat di bawah. Memandangkan saya berasa sangat keciwa, maka saya malas nak taip semula.
.
.
.
.
.
.
Body Shop, jugak... - apo nak buek, beli masa sale hari tu.

Ini gambarnya:



Dirumah pula, saya selalu (mengada-ngada) mengadakan sesi spa dengan anak perempuan. Dia sangat berbesar hati untuk menyapukan losyen di kaki dan tangan saya. Tapi bila saya nak buatkan untuk dia - dia tak benarkan (baguslah, nak... kurang sket kerja Mama ni..) :P

Losyen yang kami gunakan di rumah ialah Lavender Body Care Lotion dari Jurlique:



Tapi, bila saya rasa tangan saya teramat kering - terutama selepas basuh tudung(!!!), saya akan menyapu krim tangan ini (dari Jurlique juga):



Saya sudah cuba krim tangan L'Occitane. Tapi, bau dan kesannya not up to my expectation.

Okay, dah cerita panjang-panjang ni, biar saya nyatakan di sini bahawa entry ini adalah sebagai menjawab soalan Abrahyn.