Saya telah mendapat surat peringatan mengenai keahlian ‘Very Dior’ saya. I am not so ‘Very Dior’ (lately), by the way… I am into Benefit now. But come to think of it, I think I am so ‘Very Rojak’. ;)
Tu dia… dah lama (tapi bila timbang-timbang balik, tidaklah lama mana – last purchase was in August 09; LAMA KE TUH?) tak buat pembelian di kaunter pertanyaan Dior ni. Tup, tup, ada datang reminder – bagus jugak…
So, without further ado, I made a little purchase just to maintain my membership (tapi tak tahulah, rasa-rasanya orang yang jaga kaunter tu tak ambil kisah pun pasal membership saya – DURJANA!).
Apa-apa pun, tak kisah lah. Ini yang saya beli
Ngam-ngam 2 pembelian??? Tidakk… ada lah (sikit) lagi. Tapi kali ini saya mahu berkongsi dengan Cik Iszan mengenai nombor-nombor ekor bertuah yang saya pilih. Sila ambil perhatian, Cik Iszan, warna-warna kegemaranku adalah yang malap-malap, yang ala-ala bogel (Read: Nude) belaka – serupa tidak memakai listip lagaknya.
Okay? Oh, biarku terangkan sedikit jenis-jenis listip yang dibeli.
Nombor 376 itu adalah dari range ‘High Shine’ (ada tulis kat kotak tu pun ha) – sangat, sangat, sangat moist. Sangat best bila digelek, eh dioles (betui ka perkataan ni?) di bibir anda. Saya SUKA!
Yang 740 pula adalah dari range Rouge Dior. Tapi yang mengandungi serum (yang mana amat sesuai sekali dengan bibir saya yang selalu kering-kontang) yang baru (tapi taklah berapa baru) saja keluar iklan di majalah-majalah tersohor. Sila semak.
Inilah rupanya listip nombor 740 itu (tapi ini BUKAN warna 740 dan gambar ini saya Google).
Kita bersambung lagi di pembelian akan datang. Sekian.