Tuesday, October 27, 2009

Saya Dapat Juga!



Tapi takde lauk yang hebat-hebat.

Masa lalu depan gerai saya terasa sungguh teruja, kilang air liur saya bekerja dengan kadar yang luar biasa, mata saya berpinar-pinar kerana ternampak 'Nasi Biru'.

Oh, nasi biru...

Brader gerai juga nampak sungguh excited kerana nampak saya (mahu membeli itu nasi biru). Lalu dihulurkannya sepinggan nasi biru kepada saya.

Malangnya saya terpaksa menolak dan menyatakan 'Emm, boleh tolong ambilkan lauk-lauk dia, tak? Saya tak tau...'

Sungguh saya tak tau. Ya, yang sayur/ulam campur yang dihiris-hiris tu saya tau. Tapi tak tau banyak mana kuantiti yang sepatutnya yang memberikan rasa 'Umph' pada nasi biru tersebut. Jadi, biarlah pakar yang melakukannya.

Alhamdulillah, tercapai juga hasrat (cacing) saya untuk makan Nasi Kerabu.


P/s: Pagi tadi melantak nasi lemak, tengahari Nasi Kerabu, malam???