Wednesday, November 18, 2009

Ayam Panggang Tesco Adalah Sangat Tak Sedap

Semalam saya singgah ke Tesco untuk membeli Roasted Chicken di situ – untuk makan malam.

Saya tamak, mula-mula nak beli separuh ayam sahaja. Lepas tu tengok kecik semacam je, saya minta seekor. (Nak makan untuk 2 orang je ni – anak saya memang selalu ambil portion saya).

Bila makan, ya Tuhan, keringnya! Baik masak guna Chefel kalau cam ni. Actually saya pernah juga beli Roasted Chicken di Cold Storage – boleh tahan, masih juicy.

Tapi yang saya beli Tesco semalam sangat kering! Selamat separuh lagi saya simpan dalam fridge – nanti saya convert jadi kebab/sandwich.

Ada sesiapa yang menyokong kenyataan di atas?