Monday, November 30, 2009

Dah Tahu, Tapi Masih Buat Juga

Saya tahu, kalau saya di pejabat, amat sukar saya mahu mengangkat punggung saya untuk mendapatkan sarapan pagi. Saya tahu itu.

Tapi, pagi tadi, dalam terkocoh-kacah mahu keluar rumah ke pejabat, saya tidak sempat mahu membancuh makanan orang koma shake saya (sebenarnya stok Vanilla Nutrimeal saya sudah kehabisan, yang tinggal hanya perisa Coklat!). Dalam hati pada ketika itu berkata, 'Takpe, nanti beli je sandwich kat opis'.

Akibatnya? HARAMMMMMMM!

Sampai saja di pejabat, terus buka komputer dan terus menaip memorandum. Lepas tu terus masuk mesyuarat. Lepas tu, sambung lagi mesyuarat lain. Sudahnya... pukul 12.00 tengahari baru nak menjamah sesuap makanan. *Dush*

Kesian badanku... Sekian. :)




p/s: Ini baru nak tarik sehela dua nafas. Kejap lagi nak sambung memorandum lagi.