Monday, November 2, 2009

Kisah Di TV3 Malam Tadi

Apa tajuknya CYsoon-to-be-4? (Ko mesti tengok…)

Ceritanya (dari pengamatan melalui deria pendengaran saya) adalah berunsurkan mistik. Seram, seram kuku gitu.

Dalam pukul 9.30 gitu (harus tau waktu kerana saya sedang menghadap komputer secara gelojoh), anak saya (dengan suara mistik) berkata,

“Kenapa rumah tu takde orang? Sophia takutlah”.

Saya pun offer lah untuk tutup sahaja tv. Tapi Sophia hanya berdiam diri (nak tengok la tu…). Saya faham perasaannya – berminat nak tengok, tapi takut.

Tiba-tiba…

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Saya terasa sesuatu telah menyelinap di celah ketiak saya. Rupa-rupanya si Sophia cuba menyorok-tapi-nak-jugak-tengok cerita TV3 itu!!!