Monday, November 9, 2009

Saya Selalu Begini

Setiap hari (termasuk Sabtu & Ahad), saya akan setkan jam loceng saya seawal pukul 4.45 pagi. Ceh, jam loceng... Padahal telefon bimbit (TB) sahaja. Siapa yang masih ada jam loceng?



Sangat klasik. Dulu saya pernah ada.

Anyways, back to the topic. Ya, setiap hari TB saya akan berbunyi tepat jam 4.45 pagi, BUKAN 5.45 pagi ya. EMPAT!

Tetapi, setiap hari juga, saya akan menekan apa jua butang yang saya berjaya meraba (sayang taik mata, tak mau buka mata, heh) dan secara automatik akan snooze. Aaahhhhh.... lega selama 7 (atau 9) minit.

Bunyi lagi. Raba dan tekan lagi.
Bunyi lagi. Raba dan tekan lagi.
*Ulang proses sehingga tak-tahu-berapa kali*.

Begitulah proses bangun tidur saya setiap pagi. Sehingga TB sudah tidak berdaya mahu snooze lagi (ye lah, snooze pun mesti ada limit berapa cycle, kan?).

Dan akhirnya,... saya akan bangun secara PAKSA setelah terdengar bunyi TB suami pula iaitu pada pukul 6.15 pagi! Hebat bukan???? Dari 4.45 pagi, hingga 6.15 pagi. *Geleng kepala*

Maka dengan ini saya berazam untuk hari esok (kalau nak diikutkan nak tunggu tahun baru baru nak berazam) untuk bangun terus pada pukul 4.45 pagi iaitu tatkala suara TB berbunyi lagu syahdu. Serius, siapa pakai Sony Ericsson, cuba dengarkan tone Sandman (itulah tone yang saya gunakan untuk mengejutkan diri dari tidur). Mendayu-dayu seperti mahu menyuruh kita tidur lagi, bukan?