Ini sebenarnya cerita semalam. Maknanya saya compose entry ini semalam.
Semalam kami sekeluarga ke Wisma Yakin untuk menempah baju melayu suami. Boleh saya tahu di mana lagi tempat yang ada kedai Omar Ali atau Bak? Ini asal baju melayu je Wisma Yakin, asal Wisma Yakin je baju melayu. Oh ya, harga tempahan baju melayu cekak musang di Omar Ali sekarang ialah RM120. Kalau baju melayu Johor, RM 140.
Saya boleh pulak tanya orang kedai, “Eh, bukan RM 90 ke nak tempah baju melayu?”.
Dan orang kedai dengan senang hati menjawab, “Memang RM 90, tapi tu 2 tahun lepas punya harga”.
Yo lah… (kalau tidak kerana kenduri kahwin, memang haram suamiku nak menempah hatta membeli sekalipun baju melayu). Apa-apa pun, lebih baik dari kena RM 250! (Tiada kaitan).
Lepas selesai urusan menempah, kami ke KLCC pula (tanpa tujuan murni). Sampai di sana, terus pergi ke Starbucks dan membeli 2 cawan kopi sebagai bekalan ke Taman KLCC. Hahaha… Eh tapi, ada tumbler warna merah yang menyayat hati saya – mahu saja saya rembat tadi semalam, tapi saya bawa masih bersabar (dengan harapan ada lagi stok tumbler tersebut di Bangsar Village).
Panas terik petang semalam sungguh menyayat hati (menyayat hati lagi…). Kulit terasa seperti dibakar dengan api (deskripsi mesti over). Anak perempuan sungguh teruja melihat taman permainan yang seperti tidak berpenghujung. Yang penat ialah suami (rasain!). Saya duduk sahaja di kerusi dengan niat mahu menyambung membaca buku ini tetapi satu helai mukasurat pun gagal dihabiskan kerana sungguh tidak selesa. (Kan panas…)
Setelah menghabiskan masa selama lebih kurang setengah jam di taman tersebut, kami pun masuk semula ke dalam bangunan Suria KLCC. Aircon, aircon… aku mahukan aircon!
Maka itulah serba sedikit aktiviti membuang sisa-sisa masa hari Ahad saya semalam.