Apa saja yang saya maksudkan dengan tajuk entry.
Saya baca komen anda semua dalam entry (malas nak italic) ayam panggang, tapi tak mampu nak membalas di ruangan komen kerana saya mengalami sedikit kesulitan di luar kawasan.
Makanlah di hotel 5 bintang sekalipun, kalau nasib tak baik boleh terkena keracunan makanan.
Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya pernah keracunan makanan yang teruk selepas makan buffet buka puasa di sebuah hotel 5 bintang di PJ. Teruk sangat sampai minum air kosong pun pasti keluar balik. Nak dekat 2 minggu juga saya terseksa.
Samada saya 'teracun' di hotel itu atau tidak, tidak dapat saya buktikan. Tapi memang saya keciritan selepas hari itu.
- Posted using BlogPress from my iPhone