Monday, December 21, 2009

Kisah Pakaian Dinner Saya Pula.

(Dah basi baru nak cerita. Apa nak buat, blog ini masih berstatus 'awam', heh).

Al-kisah, saya memang nak menempah sepasang dress (lepas tengok satu design ni kat Harper’s Bazaar bulan berapa tah) dengan William – dah lama pun beli kain. Tup tup, pejabat saya menganjurkan sebuah majlis makan malam gilang-gemilang (MMMGG) minggu lepas (hari dirahsiakan).

Dress yang saya tempah untuk MMMGG tersebut bukanlah dari kain yang saya telah lama beli seperti yang saya sebutkan di atas, tapi KAIN BARU!!! Haih…Yang bestnya saya bukan jumpa kain dulu, tapi KASUT dulu. Lepas beli kasut, baru cari kain yang padan. Phewwh.

Tudung pula,.. (konon-konon) untuk MMMGG saya nak cubalah pakai style lain – style SITI gitu… Maka memandulah saya ke Aliani KD. Hati berbunga-bunga ni sebab Aliani yang saya tahu memang banyak pilihan warna. Sampai kedai (sesudah sesat barat dan terpaksa bayar tol RM1 unnecessarily), saya pun teruslah tanya dayang/promoter/SA kat situ pasal Tudung Siti. Ditunjukkanlah kepada saya limpahan Tudung Siti yang ada. *toot*, okay…. Dah lah *toot*, *toot* pulak tu. Bila try on, *toooooooooooot*. Banyak kali juga saya cuba-letak-cuba-letak-cuba-dan-letak-semula-secara-hakiki, tapi masih *toot*. Haih, okaylah, sampai situ je saya nak habaq (cakap lebih-lebih kang, saya kena rejam kecam). Oh, harga Tudung Siti tu, saya ingat (ingat je) dalam RM 90 gitu, atau paling mahal RM 150, tapi RM 300++ okay… Mahal ke tak tu? Untuk saya yang tak pernah tengok beli tudung Aliani, saya rasa (rasa je) mahallah. Okay, CUT THE CRAP *toot*! Sila jangan keji saya. Diulang, sila jangan keji saya kerana mengeji Aliani. ;)

Sesudah hampa di kedai Aliani, saya pun bergegaslah ke kedai tudung tempat saya bersidai biasa saya. NASIB BAIK ADA warna yang sepadan… Dahlah warnanya padan, awning (satin) pula sesuai la dgn MMMGG, menyerlah gitu (kalau suluh jalan, memang terang-benderang).

Senang cerita, secara keseluruhannya saya suka:

  1. Kasut saya (nanti saya pukul gambar)
  2. Dress saya dengan bead works yang molotup! (terima kasih kerana memperkenalkan William. I love you guys, ‘very strong’)
  3. Tudung Munawwarah (dan Brooch baru khas dibeli untuk MMMGG) saya

Oh, saya terlupa pula nak menyebut pasal clutch. Entahlah, mungkin sebab clutch tersebut tidak begitu menarik perhatian saya sehingga saya terlupa untuk menulis berkenaannya di sini. Serious, TAK MENARIK (tapi MMMGG punya pasal, belilah jugak, lagipun murah je). Again, kalau sempat (dan teringin), saya pukul gambarnya (alamak, macam tak ingat pula saya letak di mana clutch tersebut, hehe). *Dalam hati clutch berkata, “Inilah nasib aku sebuah clutch”*

Gambar???? Agak terkilan juga kerana saya tidak sempat untuk bergambar di MMMGG tersebut kecuali di meja makan yang mana bead works dress saya tak nampak pun sebab duduk. Hmm… tak apa lah. Yang sempat cuma gambar syok sendiri (di rumah sendiri) yang boleh dilihat di FB (gambar cincin pusaka tu pun ada sekali :P).

Sekian…

p/s: Kalau nak tahu harga tempah dress tersebut, silalah email saya secara peribadi. Bagi saya, harganya amat berpatutan. ;)