Dia di sini adalah Sophia.
Kisahnya, semasa saya baring sebelah dia konon-nak-tidurkan-dia-tapi-saya-yang-tidur-dulu, si Sophia ni dok bercakap-cakap tanpa rasa penat/ngantuk. Saya marahlah kerana tidur terganggu sudah lewat malam, esok nak bangun pagi-pagi nak siap-siap untuk ke taska (hmmph, lain kali mandi dekat taska je lah Sophia).
Dalam kebengangan (eh, ke kebingungan? Tapi yang pasti bukan kebangangan :P), saya pun beredar ke bilik ex-maid, buat-buat tidur di situ.
Sophia menangis-nangis ajak saya tidur bersamanya di tempat biasa. Saya katakan TAK NAK! Lalu Sophia pun turut serta tidur di bilik ex-maid (macamana Mama nak tinggalkan ko untuk suatu malam khas ni, nak?)
Dalam kegelapan dan tiada daya tarikan yang membolehkan Sophia mengomel/mengomen, dia pun tidur dengan mudahnya. Lepas tu, saya pun tinggalkan dia di bilik itu. Awal pagi baru di tersedar dan menangis mencari cinta saya.
Good girl! Bolehlah dapat katil baru (tapi pencarian katil yang sesuai masih belum bermula berakhir)! Malam ni konpem dia terjaga sebab nak check saya ada ke tak kat tepi.