Tuesday, December 15, 2009

Membaca Buku-buku Judith McNaught

Saya telah menyatakan bahawa Double Standards adalah buku JM yang pertama yang pernah saya baca.

Kemudian, saya baca pula Once and Always.

Sekarang ini dalam proses pembacaan Remember When. Saya tidak tahu kenapa saya masih mahu membaca buku JM setelah berasa tidak puas hati dengan Once And Always sebelum ini. Oh ya, sebab dah terbeli.

Belum habis yang itu, saya telahpun meminjam Whitney, My Love daripada seorang rakan. Saya masih musykil kenapa saya masih mahu membaca buku JM. Oh ya, kerana buku ini telah direcommend oleh ramai orang. Err, ramai ke?

Haih,... TAMAK, TAMAK, TAMAK!!!! Semua buku nak baca, tapi bacanya agak seperti siput. Dalam banyak-banyak buku JM yang saya sebutkan di atas (atau mana-mana JM's lah), mana satukah yang paling best? Okay, jangan cakap best kerana nanti saya letak high expectation pula kat buku-buku tersebut - standard best saya setakat ini adalah Harry Potter series; cakap recommended.

Baru saja hujung minggu lepas saya terbeli buku lain (entah bila nak baca yang itu tah....) dan sebelum itu telah membeli bebeberapa buku yang lain (nanti ada masa saya pukul gambar). :P




p/s: Tejuk entry yang sesuai mungkin "Membeli Buku-buku".