Tuesday, December 29, 2009

The 'Sylar' In Her

Kalau tengah kemaruk/musim/ demam Heroes, memang keluar nama-nama karakter Heroes saja...

Suatu pagi, selepas saya mengejutkan anak saya untuk mandi pagi seterusnya pergi ke Taska, tiba-tiba anak saya berkata, "Bisinglah!"

Dalam hati saya sudah terasa berbunga-bunga horror. Sebab masa tu, kalau senyap, memang dengar bunyi detik jam dinding DENGAN JELAS (Sylar kan sinonim dengan jam...).

Saya pun bertanya, "Kenapa, Sophia dengar bunyi jam ke?"

"Huh? Bunyi birds..."

"Oh?" Saya tidak berasa hairan dengan bunyi burung-burung berkicauan pada waktu pagi sebab dah immuned.

Tapi saya membalas, "Bird tu dia nak kejut kawan-kawan dia, pergi cari makanan.."

"Oh, kawan-kawan dia tidur lagi?"

"A ah..."



p/s: 'Sylar' lah sangat.... Adakah tajuk patut ditukarkan kepada "The 'Sylar' in Me"?