Friday, January 22, 2010

Cara Mudah Dan Murah Untuk Mengempiskan Perut



Cik Rafidah!!!!! Aku memang dok teringat-ingat, terngiang-ngiang entry hang pasal air sejuk, air panas tu weiiiii...

Dengan ini kawan-kawan, saya ingin memaklumkan setelah tidak meminum air sejuk dari peti sejuk selama 2 hari sahaja, perut saya sudah mengempis semula. Hari ini saya boleh pakai seluar jeans (ketat) saya yang saya fikir saya patut lupakan saja buat sementara waktu sehingga saya muat semula. Tapi lepas makan, ya amponnnnnnnnnnn... rasa nak terkeluar balik makanan, tapi takpe, pemakaian masih selesa. Yang penting, boleh butang dan zip dengan senang hati (unlike during the previous weeks).

Itu baru tak minum ais selama 2 hari donggg...

Dengan kata lain, cara mudah dan murah untuk membuncitkan perut ialah dengan meminum air sejuk setiap masa. (That's what I did for the past few weeks!) Yikes.