Monday, January 4, 2010

Kenapa Saya Pilih Digi?

Sejak beberapa minggu yang lepas (setelah suami melanggani unlimited brodband services untuk talian telefon mudah alihnya), saya sudah rasa tak senang duduk kerana masih belum melanggani mana-mana pakej unlimited broadband.

Saya merupakan seorang (bekas) pelanggan Celcom. Jadi saya pun mulalah semak-semak, tanya-tanya orang pasal Celcom punya broadband. Saya juga mengambilkira untuk bertukar kepada service provider yang lain (Maxis atau Digi - apa lagi provider yang ada kat Malaysia ni punnn).

Saya tanya juga jiran saya mengenai Maxis.

Hasil semakan tidak seberapa saya itu, saya dapati:

Celcom membezakan speed untuk DL dan UL untuk pakej-pakej yang ditawarkan, tapi kuota untuk setiap bulan untuk setiap kategori pakej adalah sama iaitu 5GB. (Di sini saya tidak mengambil kira pakej yang paling rendah iaitu 38 - yang 38 ni DL dan UL speed dia memang tak masuk liga). Senang cerita, Celcom ni saya tolak awal-awal lah.

Maxis pula tidak membezakan membezakan DL dan UL speed. Ada 3 pakej yang ditawarkan oleh Maxis: 500MB, 1.5GB dan 3GB. Untuk saya, cukup dengan 500MB sebulan, dan bayarannya adalah (an extra) RM58 per month (on top of your call charges) - masih okay bagi saya.

Bila tengok Digi pula, saya hanya melihat pada pakej Internet Unlimited 58 yang ditawarkan. DL dan UL speed adalah lebih rendah dari Maxis tapi optimum bagi saya. Quota per month pula ialah 3GB (saya subscribe untuk 500MB pun tak habis guna). Setakat nak tengok video from Youtube, masih smooth.

Kalau nak bandingkan 58 Digi dengan 58 Maxis, ada positive dan negative points masing-masing. Maxis ada advantage on DL and UL speed, Digi ada advantage on monthly quota. Tapi hari tu Digi ada buat offer - 58 jadi 48 ONLY!!! Saya sebat yang itu la...

Tapi sebenarnya, sebab utama saya memilih Digi ialah.....









































































Sebab suami telah memilih Digi. Apa juga yang dia pilih, saya anggap sudah ditapis berulang-kali melalui sistem piawaian dia. Jadi, saya pun malas nak pikir panjang, saya pun bertukarlah kepada Digi... (nanti senang saya nak friend-find dia :P) Lagipun, murah sikit nak video call sesama sendiri.

Okay okay, seriously, itu bukanlah sebab utama saya memilih Digi. Saya rasa, dengan harga yang ditawarkan untuk pakej 58 tersebut (ditambah pula dengan diskaun RM10), adalah berbaloi dan mencukupi untuk saya. Saya tak nak pun mengerah telefon saya tu bekerja kuat. Makan bateri wooooo...

Oh akhir sekali, senang senang tengoklah comparison chart yang Digi sediakan ni. Kalau tak nak tengok Digi punya pun (Digi pun ada jugak pakej yang mahal), tengok lah apa yang Celcom dan Maxis tawarkan.


Selamat ke sekolah, anak-anak! (Dan selamat menempuh kesesakan lalulintas yang dahsyat, ibu-bapa sekalian!)