Wednesday, February 3, 2010

Ya Allah Ya Tuhanku

Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang anak perempuan yang amat banyak petah bercakap.

Ada suatu masa, aku sendiri tak tahu apa yang aku balas terhadap pertanyaan-pertanyaan anakku Sophia itu. Aku main taram saja kerana mana taknya, kebanyakan insiden berlaku ketika aku sedang berbuat sesuatu seperti sedang memasak di hadapan komputer.

Kadang-kadang anakku ini seperti sengaja mahu menguji kepintaranku dengan mengulangi soalan yang sama sehingga n kali dalam waktu yang berbeza dan mengharapkan jawapan yang konsisten daripada mulutku ini. (Tapi kadang-kadang... hanya Engkau yang tahu)

Aku bersyukur kerana anakku ini BANYAK bercakap. Cuma biarlah hendaknya keyakinan dirinya tidak terhad kepada ahli keluarga (BACA: saya) sahaja. Biarlah hendaknya anakku ini berani bercakap di hadapan orang ramai. Semoga dia bakal menjadi pemimpin yang berjaya (atau apa-apa sajalah janji berjaya) pada masa hadapan. Why don't you become a fashion designer, my daughter? Hehe.