Monday, March 15, 2010

A choooo!

Asyik sakit je saya nih.

Ya, sekarang saya sedang mengalami wabak bersin tanpa henti - rasa macam nak tertanggal anak tekak dah. Itu merupakan tanda-tanda awal yang saya ini mahu kena selesema.

Aiiiii nasib....

Dan sekarang setelah berhempas pulas, membanting tulang empat kerat makan ikan bakar Jalan Bellamy, saya berbau BUSUK!!! berbau asap ikan bakar tadi. Yucks!

Sudahlah air-cond pejabat ni hidup segan mati tak nak, bertambah-tambah kopam lah saya dibuatnya. Lengan baju dah tak boleh nak disinsing tinggi lagi dah.

Pergi sembahyang tenangkan hati dululah. (Dah panas/busuk macam ni, dan dan nak sembahyang cepat :P). Astaghfirullahalazim...