Monday, March 1, 2010

Pemberitahuan Yang Saya-pun-tak-tahu-kali-ke-berapa

Dah bagitau sebelum ni (dalam FB pun dah habaq), tapi saya tetap mahu berkongsi sekali lagi mengenai hal ini (dan mungkin ianya tidak akan berakhir sampai bila-bila).

Bila mendengar lagu Cryin’ dari Aerosmith, saya seolah-olah terjatuh cinta kepada si penyanyi tua itu. Tapi bila teringat kat muka Steve Tyler, errrr….. ermmmmm… terus saya padam balik bayangan tersebut.

Tak tahu kenapa atau apa yang membuatkan saya begitu terbuai bila mendengar lagu ni. Rasa nak duduk dalam pelukan penyanyi lagu ini (lagi sekali, tak boleh bayangkan muka Steve Tyler - sungguh ‘muka’listik :P).

Adakah Steve Tyler berjaya membawa lagu ini dengan penuh perasaan, atau memang alunan lagu ini memang terbaik? Atau liriknya? Atau, adakah saya sememangnya seorang pencinta Aerosmith? Hahaha. Saya sendiri tak dapat pastikan. Lagu ni, bukanlah lagu yang popular seperti errr.. lagu siapa ya.. ermmm tak tau lah siapa yang saya nak bagi contoh.

Lagi satu lagu Aerosmith yang meruntun jiwa saya bila mendengar ialah lagu Crazy (ini lagu kedua selepas Cryin’ lah kiranya). Sama juga effectnya – rasa ingin didakap oleh penyanyi. Gilos! Padahal, banyak lagi lagu cintan-cintun jiwang karat lain. Tapi lagu Aerosmith jugak lah yang berjaya melemahkan jiwa saya. Uyaaaaiiii…

I better stop listening to the song now – been repeating Cryin’ for God-knows-how-many-times already. Kalau tak, tak boleh buat kerja mak.