Sunday, March 7, 2010

Perihal Dayang

I don’t know about you guys, but I seriously kureng tidak gemar dengan maid (selepas ini dipanggil dayang – suka-suka-hati-aku-je-nak bagi-konpius-orang :P) yang SUKA MENEMPEL dengan ahli keluarga majikan.

Alamak, bila baca balik macam okay je statement perenggan di atas. Okaylah, saya bagi situasi (konon-konon saya lah yang ada dayang ni).

Bila saya baru pulang dari kerja, dah mandi-mandi dan nak berehat bersama anak saya yang masih infant di ruang santai keluarga, saya tidak mahu dayang ini berada sekali dengan saya dan anak saya dan SIBUK-SIBUK konon nak buat sesi re-bonding dengan anak saya.

Apa kejadahnya ko buat macam tu wahai dayang????? Ko nak tunjuk kat aku yang ko ni sayang benar betul-betul ho liao kat anak aku ke?

TAK PAYAH!

Bukankah dikau wahai dayangku intan payung dah ada SATU HARI dari pagi sampai petang nak main-main ngan anak kecil itu? Yang ko sambung sesi re-bonding dengan anak aku sampai ke malam tu kenapa? (Ko nak claim overtime kah?)

Kang aku pulak yang konpius, “ini-anak-ko-ke-anak-aku-?” atau lagi sadis, ‘eh-ko-dayang-ke-aku-dayang-?”.

Panas hati tau kalau ada dayang macam ni.

Okaylah kawan-kawan, saya dah habis sesi penerangan/contoh serba emosi menyayat hati tentang apa yang saya ingin maksudkan dalam perenggan satu di atas.

Harap-harap anda faham. Kalau tak faham, boleh la tanya dalam hati je.