Tuesday, April 20, 2010

Nikmatnya... Korek Hidung, Nikmatnya... Hari Ini

Meh sini nak habaq, saya dulu memang pantang korek hidung - tak tau kenapa. Terasa seperti melakukan sesuatu kesalahan besar jika saya mengorek hidung - takat kuis-kuis kat hujung-hujung lubang hidung je lah yang saya berani buat. Inilah yang dinamakan mencipta-peraturan-diri-sendiri-yang-entah-apa-apa.

Walaupun dok diam-diam seorang diri, walaupun line clear untuk melakukan operasi melombong bijih, saya TETAP rasa malu untuk korek hidung. Lebih baik kentut di khalayak ramai daripada korek hidung seorang diri. Apa lah masalah Si Lola ni kan?

Tapi sekarang,... saya tak bagi peluang! Tak bagi peluang langsung untuk bijih-bijih emas berkumpul di lobang hidung. Tak tau kenapa, sejak akhir-akhir ini, hidungku sentiasa penuh dengan bijih - murah rezeki mungkin :P. Hua hua hua...

Anyways, makan tengahari saya tadi penuh dengan kenikmatan. Baru saya tau apa itu nikmat - suatu perasaan di mana apabila sesuatu kekurangan dapat dipenuhi dengan secukupnya; tak lebih, tak kurang. Ngam, ngam.

Kekurangan yang dimaksudkan di sini ialah perut kosong.

Mana taknya, pagi tadi makan roti bakar 2 keping, air milo ais. Pukul 11:00 lebih gitu perut dah terasa kosong ya amat.

Dengan kerja yang umpama melukut di tepi gantang - apa makna peribahasa ni?? Mak suka sukey guna :P,

...dengan mesyuarat/perbincangan/woksyop/wadefak yang tidak berkesudahan,

...dengan TIADA office boy yang mahu melakukan kerja-kerja fotostat (Ecewah,... Si Lola berlagak.. Padahal itu memang rutin harian :P),

...juga TIADA office boy yang sudi mahu membuat penghantaran dokumen sulit ke ibu pejabat...

Saya terpaksa melakukan SEMUA itu dengan tulang empat kerat saya ini (Lagi sekali, itu memang B.A.U kau lah Lola. Kenapa kau semacam berlagak?).

Niat asal, mahu menyinggah di "Kedai Tudung Itu", ye lah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ketiak masam ;). Alang-alang saya bersusah payah ke sana ke mari dengan tak-habis-habis-kerja-mengedit-memo-yang-sama-SEJAK-BULAN-JANUARI, baik saya mencuri sedikit masa untuk "Me time". Me time la sangat....

Tapi entah kenapa, saya terasa alim hari ini. Malah saya terasa was-was eh, err... serba-salah mahu ke "Kedai Tudung Itu". Maka waktu rehat saya hanya diisi dengan makan tengahari yang SUNGGUH nikmat (pada hemat saya).

Seperti yang diupdate dalam Twitter, saya berjaya menghabiskan menu "Neptune Taurus Delight" dengan sepantas kilat! Lepas habis tu, saya terasa tamak, seolah-olah mahu makan sebuah hidangan main course yang lain. Bila saya minta menu daripada pelayan, pelayan seakan-akan tidak percaya. Dia menyangkakan yang saya meminta "Dessert Menu".

Oh tidak, pelayan. Saya mahukan main menu!

Akhirnya saya oda semangkuk sup sahaja (orang makan sup sebelum main course, saya makan sup selepas main course). BELASAH!

Dalam perjalanan pulang, hati saya sungguh tenang. Tidak mahu lagi benda-benda lain. Itulah yang saya katakan sebagai nikmat.



Don't forget to catch up with my Twitter updates!