Sekesian-kesian saya dengan anak saya yang lonely-tiada-kawan-nak-main, saya tetap tidak boleh menerima hakikat kalau ada kawannya yang datang ke rumah, bermain dengan mainan-mainan Sophia TAPI TAK KEMAS BALIK!
There, I’ve said it.
Once in a while, sewaktu saya buat rumah terbuka atau jamuan, tak mengapalah. Memang saya redha kalau rumah nak bersepah pun – dah panggil orang datang rumah, kenalah bersedia serba-serbi.
Minggu lepas, ada lah ‘seseorang’ ni datang ke rumah. Dalam keseronokan diri ini (kerana ada orang nak melayan dan bermain dengan Sophia), terselit juga perasaan janganlah-kau-nak-buat-sepah-kat-rumah-aku. Hahaha.
Jadi, awal-awal lagi saya minta anak saya main kat buaian KAT LUAR (masa ni la tiba-tiba nak terasa ‘Alangkah bahagianya kalau ada sand pit’). Selamat sekejap.
Lepas tu, tak sampai 5 minit, kanak-kanak riang ni masuk ke rumah. Awal-awal juga saya berpesan (dengan mimik muka MAK TIRI), “Nanti kemas balik, ya!…".
Tak sampai 5 minit lagi, ‘seseorang’ ni ajak main kat atas pula (kat atas tu kalau bersepah… makan tahun jugak den nak mengemasnya balik). Saya dengan pantas berkata, “Tak boleh, kat atas ada Aunty tengah kemas”. (Mak tiri sangat…) :p
Maka mainlah diorang kat bawah dengan mainan apa yang ada ni ha…
Tak sampai 5 minit, main kat luar balik! Aduiii.. (tapi dalam hati kata, ‘Selamat…’)
Gitulah budak-budak… (tapi saya TATAP tak boleh terima kalau mainan bersepah).