Hari tu kitorang beli Vico sebab…
Vico dikatakan lebih sedap daripada Milo: memanglah lebih chocolaty, tapi lain lah. Dan macam lebih ‘berminyak’ gitu… Geli pulak nak minum.
Milo diperbuat daripada ‘minyak kelapa sawit’ dan boleh menggemukkan: tapi gua tak peduli beb! Malah sebagai anak seorang pekebun kelapa sawit (pekebun??? sesuweii sangat…), saya harus menyokong produk-produk yang berasaskan kelapa sawit supaya industri kelapa sawit bertambah maju (bunyi patriotik la pulak). Muahahaha…
Maka, kembalilah kami (eh, ke saya?) ke pangkuan MILO! Tiap-tiap malam saya mesti nak pekena MILO ‘O’ – samada panas atau ais bergantung kepada keadaan semasa, kalau tak, rasa tak lengkap! Waaahhh… sampai begitu sekali!
Akhir kata, majulah MILO untuk Nestle (produk Nestle kan???) dan majulah kelapa sawit untuk bapa saya :P. Hahahaha.
p/s: Siapa pernah minum WAHI? Come on, jangan tak ngaku… Hahaha.
p/p/s: Bagi yang tak kenal dan tak cinta WAHI, cuba Google (Image) WAHI. Apa yang korang boleh simpulkan??? Muahahahahhaha