Friday, May 28, 2010

Hadoiii.. Gilalah Hari Nih

Dari pagi tak rehat – duduk berdiri kat dapurrrrr aja kerjanya. (Ni belum ada convection oven lagi nih). Tihihihi.

Well, lauk hari ni takdelah special sangat – ikan goreng dengan sup sayur (dan kari ayam untuk anak dara) je. Tapi,… Masaku telah diambil dengan sewenang-wenangnya oleh aktiviti menyiang ikan dan udang. Kali terakhir saya menyiang ikan ialah pada kira-kira… (hanya kawan-kawan Twitter saya saja yang tahu).

Makan malam hanyalah bihun sup (guna balik sup sayur siang tadi). Anak dara bukan mainnnn… bertambah-tambah makan.

Lepas tu (eh, ke sementara diorang makan??), saya sibuk membuat membungkus kudap-kudapan (ala-ala Cik Iszanlah lebih kurang…).

Saya buat wantan. Beginilah rupanya (sebelum dgoreng)

IMG_1357

Macam kertas renyuk aja rupanya, kan? Belasah jelah bungkus macam hape, janji tak bocor. Puas baca instruction macamana nak wrap wantan ni, tak paham-paham jugak (dasar tak paham bahasa omputih agaknya).

Inti wantan? Tak lain tak bukan, tak ada modal lain selain minced chicken + minced mushroom + chopped carrots + lemon juice + salt and pepper

Gambar yang dah digoreng?? Tak sempat nak snap sebab dah selamat dibaham oleh anak dara. Saya pulak tak koser nak goreng untuk diri sendiri dan makan setelah berpenat-lelah.

Oh, kudap-kudap untuk anak dara juga ada saya sediakan. Ini dia…

IMG_1359

Inti apa, noks?? Inti Nutella, dowh… Dan ada la dalam 2 keping saya letak nutella + hirisan pisang (ala-ala dessert crepe gitu.. eh, ke ala-ala roti canai letak pisang tu?). Hahaha.

Rupa setelah digoreng?? Tak sanggup mak nak tatap lagi. Dah rupa popia rentung! Tapi mak tunjuklah jugak kat sini.

IMG_1358 

Yang kat bawah ni pulak yang ada inti pisang – ingat nak lipat macam samosa tu, tapi dah try bagai nak rak, tak jadi jugak.

IMG_1360

Sekian saja agenda masak-memasak saya untuk hari ini. Saya sungguh tak larat nak berdiri dan berbuat apa-apa lagi sehinggakan saya TERPAKSA berkongsi resepi milo ais sedap terlampau  dengan suami saya kerana saya tak larat nak bancuh untuknya. :P