Saya ni kalau singgah ke Focus Point, Ikano MESTI terbeli sesuatu - paling busuk pun beli contact lens solution.
Minggu lepas, kami sekeluarga ke kawasan Curve-Ikea-Ikano. Kalau duduk diam-diam dekat The Curve, ok lagi - paling banyak pun habis duit kat Flea Market je. Tapi bila dah masuk Ikano... dan ternampak pulak Focus Point tu depan mata... duit tak dapat diselamatkan lagi.
PELAN ASAL hanyalah mahu melihat-lihat sambil membuang masa (memang patutlah masa itu tidak boleh dibazirkan begitu sahaja - pasti akan berakhir dengan duka), sekali try itu, try ini... terberkenan pulak dekat satu Prada sunglasses ni.
Lepas confirm nak beli yang itu, saya gatal pulak nak check power mata (yang tak berapa power ni). Konon-konon terasa seperti semakin - TAK PUN RUPANYA! Tapi survey jugak la frames. AMIK JUGAK SATU!!! Memang betul-betul cari pasal.
Dah nak bayar tu, nampak pulak FURLA sunglasses (yang jauh lebih murah dari Prada tadi tu). Masa ni memang betul-betul tak tau nak pilih yang mana satu - ikutkan hati, nak aje ambik 2-2. Last-last saya ambil yang Furla tu je.
DAN SEKARANG... saya terasa macam NAK SANGAT kat Prada ittew!!! Tengoklah macamana semangat nak memiliki semasa datang mengambil spec rabun saya nanti.
Eh, tajuk entry macam belum diceritakan lagi. Al-kisah, mula-mula saya ingat nak beli Aviator la pulak. Tapi try try, haremmm.... memang tak sesuweii betul la muko jowo ni memakai Aviator. Yang sesuai hanyalah orang yang berhidung mancung dan mempunyai sharp features.