Salam sejahtera. Kita 'bersua' kembali (setelah sekian lama anda tidak berkunjung ke sini). ;)
I got the chance to go back home late (chance???? orang semua nak ada chance balik awal, non...) these past few days.
Bukan apa, masa orang semua dah baliklah baru saya berkesempatan nak buat kerja dengan penuh konsentrasi dan dedikasi dan eficacy efisyen (konon.. eh, tapi memang ya!). Ya lah, dari pagi sampailah ke petang, kalau tak ada orang yang mengacau saya, sayalah yang mengacau orang :P memang tak sah. Itu belum termasuk MEETING yang makan masa 1 hari baru nak habis!
Saya dah cuba menyumbat telinga dengan ear phones dan mendengar lagu-lagu, tetapi masih meracau terasa dikacau. Ye lah, dah orang datang tempat kita, takkan kita nak teruskan buat-buat tak tahu?
Teknik membawa 'kerja' pulang ke rumah sudah terbukti tidak bersesuaian dengan saya. Buat penat bawak dokumen/lap top berat-berat, akhirnya tersadai saja di rumah tanpa disentuh.
Sudah 2 hari saya pulang lewat ke rumah. Sebenarnya kerjanya tidaklah BANYAK mana, cuma bila berada dalam keadaan senyap sunyi, sepi dan seram saya terasa aman untuk membuat kerja - maka kerja pun habis dengan cepat! Saya sebenarnya sudah mencuba untuk menghabiskan kerja yang ciput itu SEJAK MINGGU LEPAS! Tapi, bila saya pulang lewat 2 hari lepas, kerja tersebut selesai (sebenarnya 1 hari dah selesai, lagi 1 hari saya gunakan untuk menulis entry ini :P).
Blog, Twitter pun telah lama saya abaikan. Baru kini saya dapat meluangkan masa untuk beramas mesra diruangan 'Compose'.
Adakah waktu kerja yang sesuai untuk saya ialah 'selepas waktu bekerja'???