Thursday, June 24, 2010

Kenapa Saya Tak Nak Pergi Sekolah Dan Kisah Jessie

Entah, tak tau la macam mana saya nak gambarkan lagi. Dah habis mengamuk dah saya hari-hari nak tunjukkan kat Mama saya yang saya tak suka pergi sekolah.

Mama ada tanya saya kenapa saya tak nak pergi sekolah. Saya cakap, "TAK NAK!". Full stop.

Tapi Mama tak faham-faham jugak.

Mama cakap, kalau tak pergi sekolah, nanti jadi orang jahat.

Tapi,.... saya tak peduli itu semua. Saya NAK MAMA SAYA!

Pagi tadi, saya mengamuk lagi - tak nak mandi pergi sekolah (sebenarnya dah 2 hari saya pergi sekolah tak mandi pagi :P). Tapi Mama tetap gosokkan gigi saya. Mungkin slogan/prinsip yang Mama pegang sampai sekarang ialah "Biar busuk badan, jangan busuk mulut". Tapi Mama selalu buat muka berkerut kalau bau badan orang yang busuk... Entah lah Mama tu.

Oh, saya dah dapat Jessie!!!! Tiap-tiap malam saya tidur peluk Jessie (walaupun sebenarnya bukan Jessie itu yang saya mahukan).



Sebenarnya saya mahukan Jessie yang ada tali dekat belakang badan yang boleh tarik-tarik macam Woody tu (saya tahu Mama pun tahu apa yang saya nak tapi dia buat-buat tak tahu saja :P). Lepas tu saya nak beli Bullseye jugak supaya Jessie boleh naik. Tapi kat rumah sekarang ada Camel yang Tok Mama beli dekat mana tah, boleh la Jessie naik tu dulu (walaupun Camel tu bunyi bising).

Semua saya nak beli, kan? Masa dekat Kedai Giraffe hari tu, Mama offer nak belikan Bubble. Tapi masa pusing-pusing cari pasal kat Kedai Giraffe tu, saya ternampak lah mainan Toy Story ni. Haaa,.. kat situlah saya nampak The Jessie. Saya NAK SANGAT Jessie tu masa tu, tapi Mama cakap ambil satu mainan saja; Bubble or Jessie.

Saya nak Bubble...

Tapi saya nak juga Jessie...

Macam mana ni???

Lepas fikir tak berapa panjang sangat, saya pun decide (secara terpaksa dan tak ikhlas) nak ambil Bubble saja.... (Saya dapat merasakan yang Mama seolah-olah melonjak kegembiraan selepas saya membuat keputusan bernas itu) :P

Lepas bayar, Mama pun bawa saya pergi main Bubble...



Lepas main,.. teka lah apa saya nak buat??

Kuang kuang kuang...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Saya nak masuk balik Kedai Giraffe tu sebab nak Jessie! Bagus tak trick saya tu? Tapi Mama tak layan :(. Mama cakap saya dah mengantuk, sebab tu saya macam-macam. Lepas tu Mama terus bawa saya pulang ke rumah...