Thursday, June 10, 2010

Pita Bread

Rasanya tema blogospehere sejak akhir-akhir ini ialah R.O.T.I. Roti itu, roti ini.. Err, roti yang tu?? Muahahahahahahahahaha...

Okaylah, ni saya nak mengaku awal-awal, saya BELUM ADA Bread Maker, tapi tengah merenyammmmmmm sangat nak beli. Dapat pulak orang yang sudi berkhidmat untuk masyarakat setia alam macam dia ni ha... Aih, lagilah terasa naik toncet. (Rasa je... Sebab macam lambat sangat pulak nak tunggu sampai sebelum raya nun :P).

Anyways, saya nak bercerita tentang menu makan malam (suami) saya tempoh hari iaitu Pita Bread with Scrambled Eggs.



Sayur je dah nampak LEBIH dari telur. Mungkin nama yang sesuai ialah Pita Bread with Sauted Vegetables (with a dash of Scrambled Eggs). ;)

Bahan utama dalam campuran scrambled eggs tu ada capsicum, tomato, MUSHROOM (apa lagi yang korang harapkan selain bendalah ni dari seorang pemasak tidak tegar seperti saya?!!)

Dah, itu saja update tidak semenggah daripada saya. Mungkin malam ini saya mahu buat chili corn carne (sp?) untuk dimakan bersama pita bread yang tidak habis-habis itu lagi.