Sunday, August 1, 2010

Selamat Pagi Semua!

Saya baru nak masuk tidur sebab dari tengah malam tadi mata tiba-tiba menjadi buntang.

Sebab??!!!

Penangan terputus bekalan elektrik selama lebih 3 jam. Ngok ngek!!!!! Kesian anakku tido dalam kepanasan. Nak bukak tingkap, nyamuk datang menyerang. Sudahnya tidurlah dia dalam keadaan merengek-rengek.

Boleh pulak dia mintak saya ON kan kipas. "Mama try la ON dulu..." (dah kalau takde api camane nak putarkan fan blades tu nak? nak suh Mama tiup kipas tu?)

"Mama buka aircon lah pulak..." (haih... nak melayan dia ni bercakap pun, boleh jadi panas badan tapi saya maafkan sebab dia belum tahu konsep bekalan elektrik dan saya juga tahu konsep breakdown macamana :P)

Oh, lagi satu, orang kalau kepanasan, berpeluh-peluh, bukak baju; si Sophia ni pi bukak seluar... (mungkin kelenjar peluhnya lebih banyak di bahagian bawah abdomen).

Okaylah, itu je nak habaq. Saya nak pi tidoq sekarang, esok pagi nak pi "naikkan" vontot kereta kerana ada manusia cilakak telah menyondol vontot keretaku - jahanammmm kau (semoga vontot kereta kau akan disondol oleh excavator sebanyak 8 kali)!

Okaylah (lagi sekali), the (literally) grandfather('s) clock had struck 4 tapi-aku-rasa-baik-aku-tunggu-Subuh-terusss.