Alkisah...
Pada tengahari Ahad, sewaktu suamiku dan adikku sedang sedang mentedaghah di dapur dan aku pula sedang menenangkan jiwa anakku yang kacau dalam tidurnya, tiba-tiba bekalan elektrik di rumahku terputus. Aku tenang. Suamiku pula bergegas dari dapur ke Main Circuit Breaker (MCB) untuk membetulkan suis ke kedudukan asal. Cubaan tersebut gagal.
Kedengaran suara adikku sayup-sayup dari dapur mengatakan, "Reni tu, bukak suis apa tah kat atas".
Suamiku pun berkata, "Oh?".
Aku bangun meninggalkan anakku yang masih kacau dan naik ke tingkat atas. Aku tanya Reni, "Reni, ko gosok ya?".
"Tak", ujar Reni.
"Habis ko bukak suis apa?"
"Tak ada"
Aku menyuruh Reni memastikan yang tiada suis yang digunakan. Aku turun dan menutup semua suis-suis yang berkaitan - kipas, lampu, TV, router, modem, telefon, fridge dan apa jua lah suis yang ada. Aku menyuruh si orang gaji membetulkan kedudukan MCB kali ini. Cubaan berjaya.
Selesai masalah. Walaupun sebenarnya aku hampir-hampir mahu menelefon 15454 kerana aku suspek punca pelantikan adalah dari 'luar' (hahaha, aku kalut :P). Rupa-rupanya peti sejuk usang ibuku yang menyebabkan pelantikan tersebut. Bayangkan saja lah, umur pun dah 25 tahun - sebaya dengan adikku yang suaranya sayup-sayup tadi. Peti sejuk itu menunjukkan tanda protes sebenarnya. Protes kerana telah sekian lama berkhidmat tanpa henti. Biarkanlah ia pergi, Ma. Bukannya tak ada peti sejuk lain pun... BUANGKAN SAJA PETI SEJUK ITU!!!