Aku masih ingat lagi hari itu. Seorang wanita yang berkaca mata hitam masuk ke tempat penginapanku dan terus menuju ke arah di mana aku dan kawan-kawanku yang lain ditempatkan. Satu demi satu rakan-rakanku dirangkul dan dipeluknya. Aku hanya dapat melihat tingkah laku gelojoh wanita itu dari jauh sambil berdoa supaya sepasang mata di sebalik kaca mata hitam itu memandang ke arah tubuhku.
Doaku termakbul. Aku terdengar wanita tersebut bertanyakan kepada seseorang mengenai sesuatu yang diskripsinya bertepatan dengan ciri-ciri yang terdapat padaku. Aku diambil dari tempatku dan diserahkan kepada wanita tersebut. Dia memerhati keseluruhan tubuhku - atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang. Akhirnya dia memelukku. Berjalan ke sana-sini sambil melihat ke cermin seolah-olah mahu memberitahuku yang aku ini berada dalam genggamannya. Aku berasa gembira. Gembira kerana masih ada orang dapat melihat dan menghargai akan kecantikanku, yang mahu memiliki dan membelaiku. Adakah ini merupakan suatu pengakhiran sebuah penantian?
Aku dibawa pergi oleh wanita itu dengan perasaan yang berbaur sedih. Sedih kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan lain yang nasib dan masa depannya masih kabur. Ah, buat apa memikirkan hal orang lain. Yang penting, nasibku kini bakal berubah. Aku kini bertuankan dia.
Maka bermulalah episod baru kehidupanku bersama tuanku ini. Buat pertama kalinya aku berpeluang untuk melihat dunia luar. Dunia yang penuh dengan pancaroba. Aku dibawa ke suatu di mana tuanku ini mendapatkan rawatan untuk matanya. Oh, rupa-rupanya tuanku ini sakit mata - sebab itu dia memakai kaca mata hitam sewaktu pertama kali aku berjumpa dengannya. Kasihan pula aku melihat kedua-dua matanya yang merah menyala itu. Heheh. Apa-apa pun, aku reda menjadi kepunyaan wanita ini.
Aku tahu aku merupakan kesayangan tuanku. Ke mana saja dia pergi, aku pasti dikelek bersama. Aku sangat berbangga berada di celah ketiaknya (walaupun kadang-kadang aku terpaksa menahan bau yang boleh dikatakan tidak menyenangkan). Aku bahagia berada di sisinya.
Selama sudah lebih kurang 3 bulan aku menjadi buah hati tuanku. Panas, hujan, ribut, taufan aku setia bersamanya. Aku juga telah disumbat dengan pelbagai objek - besar, kecil, bulat, bujur, tebal, nipis, semuanya aku terima bagi memuaskan hati tuanku. Namun, langit tidak selalu cerah. Tuanku sudah mula bermain mata dengan sesuatu yang baru. Aku sedar siapa diriku sebenarnya - murahan dan tidak bernilai. Tak mengapalah, yang penting aku sudah berasa puas mengabdikan diriku kepada tuanku. Aku pasrah dengan apa yang bakal terjadi.
Aku kini ditempatkan di dalam almari. Bergelap - hanya dapat menikmati samar-samar cahaya sekali-sekala. Tiada lagi udara segar. Tiada lagi pemandangan indah untuk kulihat. Aku sedih; tetapi reda dengan suratan takdir. Tuanku kini sibuk berfoya-foya dengan cinta barunya sementara aku menghitung hari dalam kegelapan.
Suatu hari, aku dibawa keluar oleh tuanku. Aku terasa bebas dari belenggu. Namun kegembiraanku bertukar menjadi tanda tanya. Yang anehnya, aku tidak dikeluarkan daripada kempompongku. Aku terus digendong dalam keadaan diriku berbungkus. Hendak ke mana, aku tidak pasti. Tetapi apa yang aku pasti, tuanku telah membaluti aku dengan kertas. Semakin lama, semakin tebal balutan itu. Aku lemas; tetapi aku tidak mampu berbuat apa-apa. Aku kemudian diserahkan kepada seseorang. Inilah saat perpisahan aku bersama tuanku. Aku sedih kerana tidak dapat menatap wajahnya buat kali terakhir. Apakah nasib yang akan menimpa aku selepas ini? Aku betul-betul pasrah.