Ada satu manusia di pejabat saya ini yang cuba melakukan tindakan bodoh atau mungkin juga tindakan buat-buat bodoh dengan menghantar 2 tuntutan perjalanan yang sama pada masa yang sama (2 identical claims on the same time) kepada saya.
Saya amat tertekan dengan tindakan tersebut kerana ini bukan kali pertama manusia itu membuat tuntutan, malah mungkin sudah beribu-ribu tuntutan manusia itu pernah lakukan sebelum ini. Yang amat menghairankan saya ialah, apa tujuan manusia tersebut menghantar tuntutan yang sama sebanyak 2 salinan?
Sama ada tindakan itu dilakukan dengan sengaja atau tidak, ia telah membuat saya rasa tertekan.