Inspired by or rather copied from Fid's entry.
Akta Kanak - Kanak 2001 (Akta 611)
Suatu Akta untuk menyatukan dan meminda undang - undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak - kanak serta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara - perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.
Akta ini :-
• Mengiktiraf - Wawasan negara sebagai negara maju sepenuhnya ialah suatu negara dimana keadilan sosial dan pembangunan moral, etika dan rohani sama pentingnya dengan kemajuan ekonomi dalam mewujudkan masyarakat yang penyayang, damai dan berperikemanusiaan.
• Mengiktiraf - Seorang kanak - kanak bukan sahaja suatu bahagian penting masyarakat tetapi juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat.
• Mengakui - Seseorang kanak - kanak, tanpa kematangan dari segi fizikal, mental dan emosi memerlukan perlindugan, pemeliharaan dan bantuan khas selepas kelahirannya bagi memastikan kanak - kanak tersebut dapat memberikan sumbangan dalam pembentukan masyarakat madani.
Source : Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan.