Wednesday, November 19, 2008

Episode 1 - Persahabatan Yang Ketat

Saya sebenarnya tertarik untuk menyertai pertandingan ini.

Malam tadi, habis semua kotak-kotak arkib saya punggah untuk mencari gambar-gambar saya bersama rakan-rakan semasa zaman muda-muda dulu.

Antara gambar yang saya jumpa adalah ini


Sila maafkan kualiti gambar tersebut kerana saya hanya mendigitalkannya dengan menggunakan camera sahaja (bukannya scanner).

Ini pula adalah versi yang elok sedikit sama sahaja


Gambar ini diambil di luar kawasan Paya Indah Wetland (kot??) iaitu semasa saya dan rakan-rakan menghabiskan sisa-sisa bulan madu dengan syarikat tempat saya bekerja sekarang. Sebenarnya Paya Indah Wetland ditutup pada ketika itu (kalau tak silap saya, lah). Tapi kami pergi juga ke tempat itu pada hari yang lain (gambar juga ada, tapi cukuplah gambar ini dulu yang saya digitalkan secara tidak sempurna).

Kami sangat rapat dan ketat* pada ketika itu iaitu semasa semua orang masih bujang (tapi memang ada yang dah gatal nak kahwin dah masa tu).

Saya adalah yang berbaju pink - perasan mau buat pose yoga yang rupa-rupanya nampak macam "namaste babuji". Saya juga mahu bilang yang seluar jeans yang saya pakai itu adalah masih baru dan longgar (ini merupakan fakta yang tidak berkaitan).

*Sila jangan salah faham dengan perkataan 'ketat' yang saya sebutkan di atas. 'Ketat' di sini bermaksud sangat rapat dan erat seperti yang anak saya cuba gambarkan di mana pada suatu malam, saya dan suami memeluk anak kami yang berada di tengah-tengah. Kami peluk dia dengan kuat sampai anak kami bilang "Eeeeii, Mama dengan Abah ni ketat lah. Susah Sofea nak bangun"