Al-kisah, masa saya sibuk-sibuk-sibuk-dan-sibuk sangat-sangat dengan pembikinan Bread-and-butter-pudding, saya sebenarnya berkeinginan (secara senyap) untuk memakan Mee Sedaap dek kerana satu entry CPM (yang tak stress) mengenai mee tersebut satu ketika yang lampau dahulu.
Sememangnya saya telah membeli Mee Sedaap itu. Kenapa, tak percaya?
Ini buktinya.
Pada suatu hari dalam minggu yang lepas, saya baru teringat teringin nak makan mee itu. Saya cari punya cari punya cari punya cari, TAK JUMPA!!!
Apa lagi, saya pun hangin la satu badan, kan. Masa orang teringin laaaa ada orang pedajal, pi makan mee yang saya beli itu.
Uwaaaaa... PULANGKAN MEE SEDAAP ITU!! PULANGKAN!