Memandangkan Cik Yan telah memandai-mandai mencadangkan supaya semua orang menggunakan perkataan ketat, maka saya pun memandai-mandailah meletakkan perkataan ketat pada tajuk entry kali ini.
Episod ketat pada kali ini mungkin merupakan episod ketat yang terakhir dan selepas ini saya hanya akan memilih (kalau korang nak tolong pilih pun, saya alu-alukan) satu saja gambar untuk menyertai pertandingan ini.
Gambar pertama adalah gambar saya dengan pasangan kawan ketat saya. Masih lagi di Paya Indah Wetland.
Ini pula gambar bersama kawan ketat yang lagi satu yang berada di tengah-tengah.
Gambar di bawah ini diambil di sebuah pusat perjudian percutian di PD. Ada mini reunion ketika itu. Kalau kami duduk bersama-sama dengan rakan-rakan rock kangkang kami, aktiviti wajib selain membuat pose Bumiputera Rockers dan berkaraoke (pernah satu kali, selepas kami rancak berkaraoke, ketika hendak pulang ke rumah, hujan turun dengan selebat-lebatnya berserta dengan kilat sabung-menyabung), adalah bermain kad. Apa nama permainan kad tersebut pun saya sudah tak ingat. Tp yang pasti, bukannya SNAP atau Old Maid atau Donkey. ;)
Yang ini pulak kitorang tengah main ofis-ofis. Kasi perasan itu Encik Bulat merasa menjadi boss yang ada 2 orang secretaries yang menyibuk dan seorang bodyguard.