Thursday, November 20, 2008

Kegigihan Pada Pagi Hari

Saya berjalan dengan agak laju (dengan kelajuan yang mungkin mencecah 7km/h) dari tempat letak kereta ke kubikal saya pada pagi ini. Saya rasa, saya kelihatan seperti orang yang telah melakukan satu kecurian. :P

Kenapa?

Kerana ini


Hem (hem, kah?) seluar saya sudah tetas. Jadi, seluar saya sebelah kaki panjang, sebelah kaki senteng.

Saya berdoa supaya set sewing kit ada dalam laci saya.


Memang ada. Alhamdulillah.

Dan hasilnya,


Memang takde rupa jahitan kerana saya rasa, saya ambil gambar di tempat yang tiada jahitan. Maafkanlah saya kerana saya menjahit dan mengambil gambar tanpa membuka seluar. Bayangkanlah.