Saya terasa sangat malas mahu update blog ini. Tapi sementara ada masa sikit lagi (waktu rehat) ni, saya gagahkan jugak la kepala dan jari-jemari saya untuk mengupdate blog saya.
Malam tadi (atau malam sebelum malam tadi - saya kurang pasti), anak saya dengan bapanya (suami saya lah tu) turun tangga bersama-sama untuk makan malam. Tapi setelah hampir-hampir mahu sampai ke tingkat bawah, anak saya mahu suami saya mendukungnya.
Suami saya pun menggunakanlah trick psikologi terhadap Sofea, "Sofea turun la sendiri, Sofea kan dah besar, dah nak pegi school baru".
Sofea masih berkeras tidak mahu berjalan sendiri.
Suami saya cuba lagi, "Okay takpe lah, biar Abah dukung Sofea, biar Sofea tak besar, biar Sofea tak payah pegi school baru, pegi saja school Qasrina sorang-sorang. Bihah, Ammar, semua pegi school baru".
Sofea berfikir sebentar, "Teacher Aini?"
"Teacher Aini pun pegi school baru".
"Teacher Zana?"
"Pun sama".
"Kakak Efi?"
"Kakak Efi pun tak ada, Sofea sorang-sorang je pegi school Qasrina tu".
"Sofea nak besar saja, macam Ultraman".
"Okay, kalau nak besar, turun la sendiri".
"Sofea penatlah Abah... Abah boleh tak?"
Selepas itu, saya tak tahu macamana Sofea turun. Saya berada di dapur dan tak dapat melihat mereka ketika perbualan tersebut berlaku.