Wednesday, December 17, 2008

Malam Kedua

Note:
This entry should have been posted yesterday but I didn't have extra minutes to do it.

Semalam merupakan malam kedua anak saya tidur di bawah sendirian. Ini merupakan langkah awal kami untuk mengasingkan tempat tidur Sofea.

Seperti biasa, suami saya akan memulakan langkah untuk tidur di tempat baru itu. Saya memang sudah pengsan akibat mengambil Actifed. Actifed sememangnya penawar selesema paling berkesan untuk saya.

Kali ini, Sofea tidak teragak-agak untuk tidur di bawah. Jadi saya (selama beberapa jam jugaklah) berasa sangat bebas berenang (dengan apa jua gaya) di atas katil sendirian.

Sofea tidur dengan nyenyak – tidak merengek mencari Mama atau Abahnya. Tetapi, pada suatu ketika, saya terdengar bunyi ‘dush’ – sesuatu telah terhantuk pada katil. Saya sempat terfikir ‘Adakah Sofea tidur bergolek-golek sampai masuk ke bawah katil?’ kerana ini pernah terjadi satu ketika dulu – memang Sofea pernah terperosok di bawah katil.

Selepas bunyi tersebut, kedengaran suara Sofea menangis. Saya hanya mampu mendengar (saya kan sakit…), suami saya datang memujuknya. Okaylah, kan? Dulu masa breastfeed, hanya telinga saya seorang sajalah yang boleh mendengar suara-suara halus ni. Selepas dipujuk, Sofea kembali tidur sampai ke pagi.

Jadi, kesimpulannya malam kedua berjalan dengan lancar. Kita tunggu malam ketiga pula.




Pesanan penaja:

GUNAKANLAH ELEKTRIK (dan jangan lupa bayar) DENGAN SEWENANG-WENANGNYA!
Anda mampu mengubahnya ;)