Malam tadi, TV3 ada menyiarkan rancangan Misteri Nusantara. Misteri yang dikupas (konon) malam tadi ialah SANTAU.
Sewaktu pulang dari makan malam, dan sewaktu suami saya sedang mencari-cari tempat meletak kereta, saya ternampak satu petak kosong. Lalu saya pun dengan penuh rasa kegembiraan dan keterujaan menunjukkan petak tersebut kepada suami saya. Tetapi, dalam masa yang sama, saya ternampak juga petak kosong yang lain yang lebih dekat sedikit dengan lif. Suami pun dengan redhanya mengalihkan pemanduan ke arah petak tersebut.
Cuba teka apa yang berlaku (lawak terhad) selepas itu?
Ya kawan-kawan, sekali lagi saya ternampak petak yang paling terhampir sekali paling (kata penguat yang paling hebat di sini) dengan lif. Dan sekali lagi saya menunjukkan petak tersebut kepada suami saya dengan penuh rasa keterujaan (wajib diberitahu). Dan suami saya membalas “Sofea tengok Mama ni, Mama dah kena santau”. Kuang, kuang, kuang…
Saya membalas “Tu lah, TV3 patut buat coverage on this – santau di dalam kereta”
Tiba-tiba…
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Si kecil Sofea pula menyampuk, “Hei, Abah, Mama tak satau lah. Jangan cakap Mama satau”
Oh anakku, kau memang buah hati Mama dunia akhirat.
Saya pun menyokong anak saya “Sofea ni good girl la. Abah, dengar tak cakap Sofea ni?”
Dan saya cuba pula bertanyakan anak saya ini “Sofea, what is santau?”
“Huh, saya tak tau".
Adoiiiii... dia punya beria mempertahankan Mamanya, rupa-rupanya dia tak tahu pun apa itu santau.