Friday, January 23, 2009

Hari Ini Hari Jadi Saya



Atau dalam kata lain, saya selalu mengatakan "Happy Birthday" saya. Err, fahamkah? Contoh - kalau Mama membawa saya ke birthday party anak-anak kawan-kawannya, saya akan bertanya "Mama, kita nak pergi Happy Birthday sape, Mama?".

Itu kisah/cara saya menyebut harijadi.

Semalam, Aunty Amy tanya saya berapa umur saya. Saya menjawab "5 tahun". Saya tak tahu bagaimana nombor itu terpacul dari mulut saya.

Kemudian, Aunty Amy bertanya lagi sekali berapa umur saya. Saya mengatakan dalam hati Aunty ni pekak ke memang tak faham apa saya cakap? Saya membalas dengan jawapan "6 tahun" dan disusuli dengan gelak ketawa Aunty dan Tok Papa dan Tok Mama.

Mama pada masa itu masih sibuk dengan computernya. Tapi saya tak sedih pun, sebab... Mama cakap, dia nak belikan Barbie Cake untuk saya. Kaler pink lagi.

Pagi tadi, saya mencuba nasib untuk tidak dihantar ke sekolah. Saya menangis, menangis dan menangis (sebenarnya, memang begitulah saya setiap pagi). Tapi cubaan saya gagal seperti biasa. Kali ini Mama mengatakan alasan yang lain, tidak seperti biasa (Nanti Sofea tak pandai). Mama cakap, tak da orang kat rumah yang nak jaga saya, nanti saya berseorangan.

Selepas itu, Mama menyanyikan lagu "Happy Birthday" untuk saya. Saya sangat gembira (campur malu). Saya tak benarkan Abah saya menyanyikan lagu (tiada alasan).

Itulah kisah ulangtahun ke-3 saya. Saya dah besar dah, nanti boleh pakai listip...