Friday, January 23, 2009

Perkara Keji Geli Di Hujung Rambut

Apakah perkara keji yang anda akan rasa geli di hujung rambut apabila teringat balik?

Sejak Kak Zia tulis pasal DJ 80-an, dan apabila Kak Zia (dan pengomen-pengomen tetap) mengenang kembali kisah merekod lagu semasa rancangan Pilihan Bersama, Radio 2 (haaaaa.. saya ingat lagi tu), kepala saya masih terngiang-ngiang kisah merekod lagu itu.

Ya, seperti Kak Zia juga, saya baca surat khabar untuk mengenalpasti lagu apa yang akan berkumandang semasa rancangan Pilihan Bersama. Kenapa Pilihan Bersama? Sebab inilah satu-satunya siaran radio yang menyiarkan lagu penuh tanpa ada gangguan suara DJ (ada jugak suara sesat, tapi boleh padam balik lagu tu, rekod semula pada hari yang lain).

Dulu memang saya BANYAK membeli kaset kosong - selain merekod lagu-lagu, saya juga merekod suara saya dan adik-adik menyanyi (tapi tiada satu pun kaset rekod tersebut yang masih wujud di rumah saya itu sekarang - kalau ada pun, cepat-cepat saya rosakkan dan buang).

Oh, lagi satu. Semalam saya terkenangkan Walkman. Ya, ada sesiapa yang tidak kenal Walkman di sini? Kalau ada, anda mungkin sebaya dengan anak saya (kidding). Kenapa saya tiba-tiba teringat akan Walkman? Sebab malam tadi, saya tidur dengan telinga disumbatkan dengan earphone Ipod saya. Oh, teringat kembali perasaan IN kerana mempunyai Walkman dan membawanya ke sekolah. Bluekkkkk.

Tiada kaitan:
Adakah anak saya juga mempunyai perasaan IN kerana memiliki mini compact powder Johnson & Johnson? Oh tidak, saya telah membeli roduk dari J&J (tapi takpe, kerana saya masih belum menjamah McD)!

Perkara tambahan (memang nak tulis, tapi terlupa):
Sila anda menulis mengenai perkara yang anda akan rasa geli di hujung rambut (atau mungkin blush) apabila anda kenang-kenangkannya kembali. Insan-insan keji berikut adalah diwajibkan untuk menulis, ya?
1) Iszan
2) Momidanial
3) Mommmysarah
4) Anamiraa
5) Mrs Noba (aku tau ko ada perkara keji...)

Nak linkkan ke? Koser le nyah... mak tengah sengal bahu ni.